Assalamualaikum wrbt, Ibu Bapa yang dirahmati Allah.

Alhamdulillah sesi persekolahan Sek. Sri Al-Amin Bangi Cawangan Putra Mahkota berjalan dengan lancar pada tempoh seminggu pertama persekolahan. Anak-anak kelihatan ceria dan mula menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran kelas dan sekolah.
Walaubagaimanapun, penghawa dingin untuk kelas diperlukan segera demi keselesaan dan kesejahteraan anak-anak tuan/puan di musim panas ini. Keadaan kelas yang begitu panas dan kedap akan mengganggu sesi pembelajaran di kelas.
Untuk makluman, prasarana tambahan ini berada di luar kemampuan pembiayaan pihak sekolah. Pihak sekolah berharap kepada ibu bapa bermurah hati menghulurkan sumbangan prasarana ini demi keselesaan anak-anak bagi menjalani sesi pembelajaran di sekolah.
Sehubungan dengan itu juga, pihak sekolah akan mengutip yuran penghawa dingin sebanyak RM 15 setiap bulan bagi setiap pelajar bagi menampung pembiayaan bil elektrik penghawa dingin.
Di sini disertakan surat rasmi keluaran daripada pihak sekolah: http://bit.ly/surataircondpm
Berikut ringkasan penajaan penghawa dingin dan kos yuran bil penghawa dingin yang akan dikutip bagi setiap pelajar:
Tajaan diperlukan
- 4 Unit Air Cond Acson (2hp)
- 1 unit air cond – RM 2300
- Jumlah tajaan diperlukan: RM 9200
Yuran bil air cond bagi setiap pelajar mulai Januari – November:
- Kos 1 hp bagi penggunaan 8 jam sehari untuk sebulan: RM 100
- 4 unit x 2 hp = 8 hp
- Kos 8 hp bagi penggunaan 8 jam sehari untuk sebulan: RM 800
- RM 800 x 12 bulan = RM 9600
- Yuran penghawa dingin setiap pelajar sebulan: RM 15
Bayaran yuran penghawa dingin dan sumbangan (infaq) boleh disalurkan kepada:
- Tunai (waktu pejabat antara 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Menggunakan cek atas nama ‘Sri Al-Amin Bangi Sdn.Bhd’
- Bank In secara online kepada Bank Muamalat atas nama ‘Sri Al-Amin Bangi Sdn.Bhd’ nombor akaun 1210 – 0000526 – 719 ATAU Bank Maybank atas nama “Sri Al-Amin Bangi Sdn.Bhd‘ nombor akaun 562834 – 60401 – 9. Sila fakskan slip bank / resit ke talian
03-8925 8717 atau email ke sriaab@yahoo.com/ cc:alaminputramahkota@gmail.com dibawah tajuk: “SRIAAPM: yuran/sumbangan penghawa dingin”