Assalamualaikum wrh wbt
Semoga surat ini menemui tuan/puan dalam keadaan sihat sejahtera dan mendapat redha Allah Taala.
2. Merujuk perkara di atas, diminta perhatian kepada ibu bapa agar menitikberatkan hal-hal disiplin anak-anak. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu di ambil perhatian dan tindakan ibu bapa:
- Murid perlu sampai awal ke sekolah sebelum jam 08.00 pagi bagi memulakan sesi pembelajaran. Murid yang kerap lewat akan direkodkan dalam Buku Disiplin Murid.
- Murid tidak dibenarkan memakai selipar. Mereka mestilah berpakaian seragam sekolah yang lengkap (berserta stoking dan kopiah/tudung yang telah ditentukan).
- Murid yang tidak hadir ke sekolah perlulah menunjukkan surat sebab tidak hadir untuk rekod bertulis oleh pihak sekolah.
- Murid perempuan (banat) dibenarkan memakai anak tudung (scarf) berwarna putih sahaja dan tidak berendar.
3. Pihak sekolah berharap agar ibu bapa dapat mengambil tindakan terhadap hal-hal yang dijelaskan bagi mematuhi standard operasi sekolah seperti yang sudah ditetapkan.
Segala kerja sama dan perhatian daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih dan jazakallahu khairan kathira.
Sekian, terima kasih.
Advertisements