PENTAKSIRAN PERTAMA PKPIM – KONSTRUK SOLAT (IKHLAS) 2016

Assalamualaikum.
 
Murid-murid akan dibekalkan buku Pentaksiran Konstruk Pelajar Ikram Musleh (PKPIM) pada cuti sekolah ini dan ibubapa/penjaga diminta untuk mengisi skor Pentaksiran Pertama seperti butiran berikut:
 
Bahagian 1
Konstruk = Solat II – Pentaksiran Pertama (Ikhlas)
Tempoh = 11 hingga 21 Mac 2016 (10 hari)
Muka Surat = 15
 
Sila kembalikan buku PKPIM yang telah lengkap diisi kepada mentor anak tuan/puan selewat-lewatnya pada 21 Mac 2016 (Isnin) bagi memudahkan urusan kemasukan markah anak tuan/puan.
 
Untuk makluman pihak tuan/puan, markah konstruk buku PKPIM mewakili 20% daripada markah subjek Akhlak untuk peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun.
 
Jazaakumullahu Khayran Katheera atas keprihatinan dan kerjasama pihak tuan/puan. Semoga usaha daripada semua pihak untuk melahirkan generasi Rabbani ini diberkati Allah.
 
Sekian, terima kasih.
Advertisements