Temasya Sukan Tahunan Sekolah 2016

Assalamualaikum wrh wbt
 
Semoga surat ini menemui tuan/puan dalam keadaan sihat sejahtera dan mendapat redha Allah Taala.
 
2. Adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi (Cawangan Putra Mahkota) akan mengadakan Temasya Sukan Tahunan seperti berikut:
 
Tarikh: 23 April 2016 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi – 12.00 tgh hari
Tempat: Dewan Orang Ramai Pekan Bangi
 
3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah akan akan mengadakan beberapa siri latihan sukan pada setiap hari semasa waktu persekolahan bermula 14 April 2016 (Khamis) sebagai persediaan kepada Temasya Sukan tersebut.
 
4. Murid-murid juga dikehendaki memakai baju T pendidikan jasmani atau baju T putih berkolar serta berseluar trek hitam atau biru gelap pada hari latihan sukan dan membawa buku mengikut jadual waktu seperti biasa.
 
Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan dalam perkara ini dahului dengan ucapan jazakallahu khairan kathira.
 
Sekian, terima kasih.
Advertisements

Permohonan Kemasukan Tahun 1 2017

Iklan Kemasukan Murid T1

Assalamualaikum.

Bagi ibubapa/penjaga yang ingin memohon kemasukan murid Tahun 1 Sesi 2017 di SRIAAB (Cawangan Putra Mahkota), boleh dapatkan borang di Pejabat Sekolah atau melalui emel alaminputramahkota@gmail.com

Waktu urusan pejabat:

Isnin – Khamis (8.00pg – 1.00ptg & 2.00ptg – 5.00ptg)
Jumaat (8.00pg – 12.45ptg & 2.30ptg – 5.00ptg)