Permohonan Kemasukan Tahun 1 bagi sesi 2017 Sekolah Rendah Sri Al-Amin Putra Mahkota masih dibuka.

Assalamualaikum w.b.t.

Tuan/Puan yang dirahmati Allah SWT, merujuk perkara di atas bagi ibubapa/penjaga yang ingin memohon kemasukan murid Tahun 1 Sesi 2017 di SRIAABPM (Cawangan Putra Mahkota), boleh dapatkan borang di Pejabat Sekolah atau muat turun dokumen di bawah.

Hantarkan borang lengkap bersama dokumen yang diperlukan ke Pejabat Sekolah. Dokumen yang diperlukan ialah:

  1. Salinan sijil kelahiran murid
  2. Salinan MYKID murid
  3. Salinan MYKAD ibubapa atau penjaga
  4. Wang proses RM 5.00
  5. 2 keping gambar passport
  6. Sampul surat saiz 4’x9′ serta setem 60 sen

Waktu urusan pejabat:

Isnin – Khamis (8.00 pagi – 1.00 petang & 2.00 petang – 5.00 petang)
Jumaat (8.00 pagi – 12.45 petang & 2.30 petang – 5.00 petang)

Cuti Sekolah :

Isnin-Jumaat (8.00 pagi-12.45 tengah hari)

 

MUAT TURUN = BORANG PERMOHONAN TAHUN 1 2017

Advertisements

SENARAI BUKU DAN PAKAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua ibubapa dan penjaga yang dirahmati Allah.

Senarai buku dan pakaian sekolah akan dijual di Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi (Sungai Tangkas)

Senarai buku dan pakaian sekolah rendah  telah dilengkapkan untuk tahun 1 sehingga tahun 6. Bagi buku teks dan aktiviti keluaran DBP boleh didapati di kedai-kedai buku berdekatan manakala buku-buku musleh boleh didapati di kedai sekolah.

Jualan buku dan pakaian bermula pada 19 Disember 2016. Kedai sekolah beroperasi dari 8.30 pagi hingga 2.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat.

Sila Klik SENARAI BUKU DAN BAJU SRI 2017 untuk rujukan bagi memudahkan perancangan pembelian sebagai persediaan sesi persekolahan 2017.